Zalora perkenal jenama antarabangsa

. . No comments:

Rangkaian membeli-belah dalam talian, Zalora mengukuhkan lagi pemasaran dan penglibatan jenama antarabangsa dalam butik talian mereka dengan bekerjasama dengan Great Britain melalui jenama fesyen terkemuka, River Island, New Look dan Lola Skye.

Jenama River Island yang sudah lama menapak di seluruh Eropah dan Asia Barat mengambil peluang ini untuk mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen di Malaysia dan Zalora adalah satu-satunya butik yang menawarkan koleksi fesyen mereka.

Pakar dalam jahitan pelbagai versi pakaian tidak kira lelaki atau wanita, mereka mewujudkan istilah urban wear kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.


Memiliki lebih 300 buah butik di sekitar United Kingdom, dengan pengalaman selama enam dekad dalam industri fesyen, tidak mustahil River Island mampu mengeluarkan koleksi terbaharu pada setiap minggu dan ikon fesyen metropolitan yang diberikan kepada mereka sangat bertepatan.


Untuk koleksi terbaharu sempena minggu kempen GREAT, River Island bijak menyalurkan kreativiti dalam mengimbangi eksperimentasi potongan dan penataan grafik yang membentuk identiti keseluruhan rekaannya.


Menggunakan warna-warna terang, ternyata pereka bijak menyuntik elemen yang hidup walaupun kurang elemen perincian bagi menampakkan susuk kemas si pemakai.

Membawa kelainan kepada industri fesyen dalam negara, New Look memberi nafas baharu kepada koleksi sedia pakai yang merupakan kepakaran mereka yang diinspirasikan daripada fesyen elit jalanan.


Sesuai digayakan ketika berparti, bersantai bersama teman-teman, malah boleh digayakan secara formal, New Look mempunyai pilihan variasi dari potongan dres dan jeans yang menawan sehingga aksesori daripada pereka terkenal antarabangsa yang boleh membuatkan sesiapa sahaja rambang mata.


Koleksi kali ini banyak dimonopolikan oleh rekaan flora dan geometri. Sengaja menampilkan dua identiti berbeza, ternyata warna yang digunakan pada setiap rekaan berjaya membuka mata pemerhati fesyen kerana motif moden dan feminin ditampilkan dengan seimbang.


Lola Skye yang mengungguli sentuhan bohemian, vintaj, serta romantik khusus buat gadis yang gemarkan suasana keriangan dengan penggunaan fabrik ringan yang mudah digayakan.


Kombinasi warna pastel, yang digabungkan bersama ciri-ciri gadis yang manja menampakkan sisi sebenar rekaan Lola Skye yang mengutamakan personaliti feminin pemakai.


Bermula dengan dres pendek, diikuti dengan skirt kembang dan dres maxi, koleksi rekaannya lebih remaja dengan rona warna yang ceria seperti merah jambu, jingga, krim, dan putih pantas memukau hadirin tatkala dipentaskan.


Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»



No comments:

Post a Comment

[Minta Tolong Sikit]

Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.

Subscribe

Baru

Review

Komen Terkini