Pakej Clixster RM17 Sebulan

. . No comments:
Pengendali rangkaian talian mudah alih maya (MVNO) tempatan, Clixster Mobile, memperkenalkan pakej data internet serendah RM17 sebulan untuk satu gigabait (GB) kepada pengguna taliannya, sekali gus menjadikan rangkaian itu pakej Internet termurah di Malaysia. 

Pakej berkenaan dilancarkan pada awal bulan ini dengan sasaran pengguna pelan data yang bersosial secara sederhana dan lebih banyak menggunakan aplikasi seperti Whatsapp, Line, WeChat, Kakaotalk, Telegram, Facebook, Twitter serta Instagram


Pakej berkenaan ditawarkan khusus kepada pelanggan untuk penjimatan dan lebih nilai bagi setiap wang kepada yang membeli tambah nilai talian Clixster setiap bulan. 


“Kami amat memahami keperluan pelanggan yang sederhana dalam penggunaan data Internet. Justeru, Clixster menawarkan pakej istimewa RM17 sebulan untuk 1 GB, sekali gus memberikan penjimatan kepada pelanggan setia,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam. 

Noor Azlan berkata melalui pakej terbaru itu, pengguna talian Clixster jimat sebanyak RM10 berbanding langganan pakej sebelum ini yang ditawarkan pada harga RM27 sebulan untuk 1 GB. 


Sementara itu, beliau berkata Clixster turut memperkenalkan pakej MyKifayah dengan potongan sebanyak RM3.50 sebulan yang mana pelanggan Clixster boleh menikmati pelan Khairat Kematian dengan Upah Haji. 

“Pelanggan pakej MyKifayah Upah Haji membolehkan pengguna talian Clixster yang meninggal dunia, dilaksanakan ibadah fardu hajinya dengan segala kos upah haji dibiayai oleh pihak MyKifayah Clixster,” katanya. 
Mengenai pusat tambah nilai terbaharu rangkaian itu, Noor Azlan berkata, pengguna talian Clixster boleh mendapatkan tambah nilai talian itu di rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7Eleven di seluruh negara. 

Secara keseluruhannya, Clixster mempunyai lebih 13,000 pusat rangkaian tambah nilai di seluruh negara menerusi terminal E-pay, Mobility One, Pay-Quick dan juga menerusi perbankan elektronik CIMB Click, Public Bank serta RHB Now. 


Antara rangkaian pusat tambah nilai paling mudah ialah menerusi stesen minyak Petronas, Shell, BHP, Petron, Caltex dan Esso; pusat beli-belah Tesco, Giant, Econsave, The Store, AeonBig, Village Grocer dan H&L Supermarket; rangkaian Kedai Happy Mart, D’Mart, Seng Heng, Fotodata, Ayamas, Kayu Nasi Kandar, OnKing, Pernama, dan Sony, di samping rangkaian kedai yang menggunakan terminal E-pay.

Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»



No comments:

Post a Comment

[Minta Tolong Sikit]

Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.

Subscribe

Baru

Review

Komen Terkini