Twitter tambah baik fungsi mesej peribadi, saingi WhatsApp

. . No comments:
Twitter kini sedang giat menyaingi aplikasi chat WhatsApp dengan menambah baik sistem Direct Message (DM) bagi membolehkannya digunakan sebagai aplikasi chat.
DM merupakan tweets secara peribadi yang dihantar oleh pengguna di antara satu sama lain atau ke akaun yang disahkan.

Twitter berkata, pihaknya sedang mengemas kini sistem yang membolehkan pemadaman DM dilakukan daripada pelbagai platform termasuk di telefon pintar dan laman web Twitter.
"Kami juga membuat kemas kini aplikasi Twitter bagi peranti iPhone dan Android yang akan membolehkan pengguna mengakses DM mereka." katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, sistem DM di Twitter kurang menjadi tumpuan pengguna kerana hanya menawarkan 140 karakter bagi setiap mesej selain tidak boleh diselaraskan dengan baik di antara laman web dan aplikasi mudah alih yang lain.

Logo Twitter
Logo Twitter

Kejayaan WhatsApp yang mampu meraih sehingga lebih 500 juta pengguna setelah dibeli oleh Facebook dengan harga AS$19 bilion (RM60.35 bilion) pada Februari membuktikan adanya permintaan bagi sistem mesej peribadi pada aplikasi chat.
April lalu, Ketua Eksekutif Twitter, Dick Costolo menegaskan sistem DM merupakan ciri utama bagi mengukuhkan produknya.

"Ini merupakan peluang untuk mengukuhkan kedudukan Twitter dengan menambah baik kemudahan DM sedia ada untuk kegunaan pengguna," jelasnya. 

Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»



No comments:

Post a Comment

[Minta Tolong Sikit]

Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.

Subscribe

Baru

Review

BloggerWidget

Komen Terkini

LINK ALTERNATIF HOTTOGEL:

Kini hadir buat kalian yang hoby mainkan angka keberuntungan,,
Tidak hanya itu, permainan Livecasino juga ada buat para bettor sejati.
Ada b ...

Admin:

test komen

mbm:

tak salah cuba tuan, lagi pun free jer tuh.

syuib osman:

terbaik... saya dah daftar percuma tuh, saja nak try.

adi:

Wah, kat sini ada info rupannya....