SanDisk untuk kaki 'game'

. . 1 comment:
PENERAJU penyelesaian setoran flash dunia, SanDisk mengumumkan produk SSD terbaharu keluaran syarikat mereka yang dinamakan sebagai SanDisk Extreme PRO.

Menariknya, setoran flash ini telah direka khusus buat peminat komputer peribadi (PC), pemain video game dan pengguna media profesional yang memerlukan prestasi tinggi secara konsisten.

Dengan kelajuan 550 megabit sesaat (MB/s) dan kelajuan menulis sehingga 520 MB/s, SanDisk Extreme PRO dapat mengoperasikan aplikasi grafik intensif dan permainan video dengan lancar.

Bersama kapasiti sehingga satu terabait (TB), ia diyakini mampu menyimpan fail besar dan memprosesnya dengan sangat pantas.

Menurut Pengurus Serantau SanDisk Malaysia & Singapura, Mark Ng, SanDisk Extreme PRO direka berasaskan SanDisk Extreme II yang terbukti prestasinya apabila memenangi pelbagai anugerah.

SanDisk untuk kaki game

"Ia dilengkapi dengan teknologi terkini nCache Pro, membantu menjadi setoran yang berfungsi 24 jam sehari dengan prestasi setoran terbaik di dunia.

"Selain itu, ia disokong dengan jaminan selama 10 tahun yang pertama kali diperkenalkan dalam industri, sekali gus membuktikan keyakinan kami terhadapnya," katanya.

Tambahnya, teknologi nCache Pro yang dicipta menggunakan arkitektur dua lapisan cache juga bertujuan mencapai kelajuan optimum serta daya tahan bagi menjalankan beban kerja secara efisien untuk desktop, laptop dan konsol permainan.

Bukan itu sahaja, aplikasi SanDisck SSD Dashboard pada Windows pula boleh digunakan untuk mendapatkan kemaskini firmware terkini, selain menetapkan TRIM secara manual atau berjadual serta memerhati tahap kesihatan, jangka hayat dan suhu agar SSD dapat beroperasi dengan sempurna.

Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»



1 comment:

[Minta Tolong Sikit]

Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.

Subscribe

Baru

Review

BloggerWidget

Komen Terkini

LINK ALTERNATIF HOTTOGEL:

Kini hadir buat kalian yang hoby mainkan angka keberuntungan,,
Tidak hanya itu, permainan Livecasino juga ada buat para bettor sejati.
Ada b ...

Admin:

test komen

mbm:

tak salah cuba tuan, lagi pun free jer tuh.

syuib osman:

terbaik... saya dah daftar percuma tuh, saja nak try.

adi:

Wah, kat sini ada info rupannya....