15 tahun yang lalu, usahawan Malaysia, Datuk Helmy Jaafar yang sering berulang alik ke Vietnam untuk urusan perniagaan mendapati kesukaran utama dihadapinya ialah mendapatkan makanan halal di negara sosialis itu.Akibatnya, beliau yang menjalankan perniagaan telekomunikasi dan jual beli barangan seperti kasut dan produk daripada buluh terpaksa membawa bekalan mi segera dari Malaysia setiap kali pergi ke negara itu. Akhirnya, empat tahun yang lalu, beliau dipujuk oleh rakan kongsi di Vietnam untuk membuka restoran di Bandar Raya Ho Chi Minh berikutan semakin ramai rakyat Malaysia yang melancong ke negara itu.
Tanpa pengalaman dalam bidang perniagaan makanan, Helmy akhirnya membuka restoran dikenali sebagai Kampung Melayu Halal Restoran yang terletak di 31 Nguyen An Ninh, District 1, tetapi kini lebih dikenali sebagai Malaysia Street.
Restoran itu terletak kira-kira 100 meter dari Pasar Ben Thanh, destinasi membeli-belah paling popular masa kini dalam kalangan rakyat Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh.
Helmy memberitahu, tujuan utamanya ialah menawarkan makanan yang benar-benar halal bermula dari penyediaan bahan mentah hingga makanan dihidangkan kepada para pelanggannya.
![]() |
| Kampung Melayu Halal Restoran terletak di 31 Nguyen An Ninh, District 1 yang kini lebih dikenali sebagai Malaysia Street. |
Sebab itu, tumpuan utama restoran ini ialah rakyat Malaysia yang berkunjung ke Ho Chi Minh. Ini terbukti apabila 90 peratus daripada pelanggan saya ialah rakyat Malaysia," katanya yang menetap di Seremban 2, Negeri Sembilan.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan tajaan agensi pelancongan Vietnam, Asia Tour Vietnam ke Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.
Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, Helmy kemudian membuka sebuah lagi restoran, Saigon SriPenang Halal Restoran di 29 Luu Van Lang, District 1 yang juga berhampiran dengan Pasar Ben Thanh setahun selepas itu.
Restoran Kampung Melayu menawarkan 25 menu masakan yang lebih pro-Malaysia manakala Restoran SriPenang menghidangkan 28 menu yang merupakan masakan kampung gabungan Malaysia dan Vietnam.
Antaranya ialah nasi goreng ayam, ikan tiga rasa, tom yam, ikan masin serta pelbagai masakan laut dan masakan Vietnam yang mendapat sambutan menggalakkan.
Kedua-dua restoran itu mempunyai 60 kakitangan yang bekerja secara dua syif dan diketuai oleh dua chef dari Malaysia. Ia dibuka mulai pukul 5.30 pagi hingga 11.30 malam.
![]() |
| Restoran halal Di Ho Chi Minh |
Helmy berkata, beliau mendapatkan bahan mentah untuk restorannya daripada komuniti Islam di Ho Chi Minh antaranya Imam Masjid Jamia Al-Anwar, Chey Muhamaoh, 69, yang turut membekalkan daging halal kepada lima buah restoran di bandar raya itu.
Sementara bahan sampingan seperti kicap dan rempah ratus dibawa dari Malaysia bagi mengekalkan citarasa negara selain harganya lebih murah.
Dengan usahanya ini terutama tarikan terhadap status halal telah mendorong rakyat Vietnam membuka restoran yang memaparkan logo halal di premis masing-masing. Untuk maklumat lanjut, Helmy boleh dihubungi di talian 017-7777730.
Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»
|
|
|
Tweet |


No comments:
Post a Comment
[Minta Tolong Sikit]
Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.
Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.