MH17 perlu pembelaan antarabangsa - satu analisis pendek

. . No comments:
SEORANG sahabat bertanya: "Tidakkah perbuatan menembak jatuh sebuah pesawat udara awam dengan sengaja itu merupakan satu act of war, iaitu satu jenayah besar?"
Sahabat itu juga meminta komen saya tentang niat kerajaan Belanda (yang kehilangan 189 warganegaranya dalam nahas MH17 pada 17 Julai lalu) yang khabarnya mahu mengheret pihak tertentu, termasuk Presiden Vladimir Putin, ke Mahkamah Jenayah Perang Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda.

Seperti yang kita sedia maklum, sejurus selepas pesawat udara MH17 jatuh terhempas di sebuah ladang dekat bandar Grabovo, di timur Ukraine, beberapa wartawan Associated Press (AP) dan Reuters telah sampai ke situ dan menemu bual beberapa penduduk setempat.

Penduduk-penduduk berkenaan mengakui mereka nampak pesawat tersebut sedang terbakar ketika jatuh dari langit.
Dua wartawan AP menyatakan mereka ada melihat peluru berpandu SA17 BUK di atas kenderaan (trak) pelancarnya di situ.
Selain melihat sendiri keadaan persekitaran tempat pesawat MH17 terhempas, wartawan tersebut juga sempat merakamkan gambar bangkai pesawat dan hal mayat mangsa yang terkorban.

Pastinya keterangan mereka nanti akan dapat membantu siasatan pihak-pihak berkenaan dan lambat laun dijadikan bahan bukti dalam prosiding di mahkamah (jika ada).
Agensi berita Perancis (Agence France Presse) melaporkan bahawa askar pemisah telah menemui kedua-dua kotak hitam pesawat di situ dan kemudian menghantarnya ke Academy of Aeronautical Science di Moscow.

Pastinya kerajaan Malaysia dan Belanda (juga negara lain yang warganegara mereka turut terkorban dalam insiden melibatkan MH17 itu) menghendaki kotak hitam pesawat itu diperiksa oleh sebuah badan atau agensi yang diyakini bebas dari pengaruh atau tekanan mana-mana pihak.

Terkini media antarabangsa melaporkan bahawa semua mayat mangsa dan bangkai pesawat yang terhempas serta bahan bukti telah kesemuanya dilarikan oleh pihak tertentu ke tempat lain. Timbul tanda tanya apakah pasukan penyiasat antarabangsa akan diberi peluang memeriksa kesemua perkara itu nanti?


Rakyat negara ini pastinya mengharapkan hasil siasatan pasukan penyiasat antarabangsa itu kelak akan dapat menghuraikan persoalan apakah pesawat malang kita itu ditembak oleh peluru berpandu dari bumi atau pun ditembak dari udara?

Insiden pesawat udara awam ditembak jatuh telah berlaku beberapa kali sejak dahulu lagi.
Pada Julai 1954, pesawat udara Cathay Pacific Airways ditembak jatuh oleh jet pejuang Chinese People's Liberation Army, mengorbankan 10 orang penumpang dan anak kapal.
Pada Julai 1955, pesawat udara El Al 402 dari Vienna ke Tel Aviv telah ditembak jatuh oleh dua jet pejuang MiG negara Bulgaria. Kesemua 58 penumpang terbunuh. Pada waktu peristiwa tersebut berlaku, pesawat malang itu berada dalam ruang udara Bulgaria.

Pada Februari 1973, sebuah pesawat udara Libyan Arab Airlines (Boeing 727) dari Tripoli ke Kahirah telah ditembak oleh jet pejuang Israel, yang mengorbankan 108 penumpang. Pada ketika insiden itu berlaku, pesawat terbabit telah tersilap arah dan terbang di ruang udara semenanjung Sinai yang pada masa itu dalam kawalan Israel sejak Perang Enam Hari (Six-Day War) pada tahun 1967.

Berikutnya, ketua angkatan bersenjata Israel, David Elazaar, mengakui kesilapannya kerana memerintahkan pesawat berkenaan ditembak jatuh. Menteri Pertahanan Israel, Moshe Dayan juga mengakui negaranya telah melakukan satu kesilapan ("error of judgment") dan menawarkan pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh.
Pada 1983, pesawat penerbangan Korea (KAL007) ditembak jatuh oleh jet pejuang Soviet, mengorbankan kesemua 269 penumpang dan anak kapal.

Tiga tahun kemudian, pada 1988, pesawat udara Iran (penerbangan 655) ditembak jatuh oleh dua peluru berpandu yang dilancarkan dari kapal USS Vincennes, mengorbankan kesemua 300 penumpang dan anak kapal.
Pada Oktober 2001, sebuah pesawat Siberia Airlines dalam penerbangannya dari Novosibirsk ke Tel Aviv ditembak jatuh oleh satu peluru berpandu Ukraine, menyebabkan pesawat awam itu terhempas di Laut Hitam.

Ukraine mengambil masa sebelum mengakui insiden itu berlaku. Setelah dikenakan tekanan oleh penyiasat Rusia, Presiden Ukraine (pada masa itu) Leonid Kuchma, mengakui bahawa insiden tersebut berpunca daripada kesilapan angkatan tenteranya, yang pada masa itu sedang menjalankan latihan ketenteraan.
Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksandr Kuzmuk, kemudian meletakkan jawatan setelah mengakui angkatan tenteranya yang bersalah. Selepas itu Ukraine membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa.

Pengajaran yang boleh diambil dari kes-kes tembakan pesawat awam oleh peluru berpandu (dari bumi atau laut ke udara) atau oleh jet pejuang (dari udara ke udara) adalah bahawa sementara kesemua perbuatan menembak jatuh pesawat awam itu sengaja dilakukan, dalam kebanyakan kes ia berlaku disebabkan kesilapan pihak tertentu.
Setelah kesilapan diakui secara terbuka, perundingan kedua-dua pihak akhirnya membawa kepada pembayaran pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh.
Dalam kes terbaru yang melibatkan pesawat MH17, adalah terlalu awal untuk kita membuat apa-apa kesimpulan yang muktamad tentang siapa melakukannya, dan bagaimana pesawat malang kita itu ditembak jatuh?

Yang boleh kita katakan di peringkat awal ini adalah andainya benar ada niat oleh mana-mana pihak hendak merujuk kes ini kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) seperti yang disebutkan di atas tadi, pihak tersebut perlu terlebih dahulu memastikan negara yang hendak diheret ke ICC itu telah menyertai sepenuhnya (menandatangani dan meratifikasi) Statute of Rome, yang mewujudkan ICC itu.

ICC mempunyai bidang kuasa mendengar prosiding jenayah mengenai jenayah genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah aggression.
PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang

Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»



No comments:

Post a Comment

[Minta Tolong Sikit]

Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.

Subscribe

Baru

Review

BloggerWidget

Komen Terkini

LINK ALTERNATIF HOTTOGEL:

Kini hadir buat kalian yang hoby mainkan angka keberuntungan,,
Tidak hanya itu, permainan Livecasino juga ada buat para bettor sejati.
Ada b ...

Admin:

test komen

mbm:

tak salah cuba tuan, lagi pun free jer tuh.

syuib osman:

terbaik... saya dah daftar percuma tuh, saja nak try.

adi:

Wah, kat sini ada info rupannya....