MH17 mangsa tersalah tembak - perisik AS

. . No comments:
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas berkemungkinan disebabkan berlakunya kejadian tersilap tembak oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia yang kurang terlatih.Seorang pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) berkata, bukti yang dikumpulkan setakat ini menunjukkan pihak pemberontak pro-Rusia telah melancarkan peluru berpandu SA-11 darat ke udara terhadap pesawat MH17, tetapi masih tidak jelas mengapa mereka melakukannya.

"Penjelasan yang paling munasabah, adakah ia merupakan satu kesilapan, disebabkan peluru berpandu itu digunakan pihak yang tidak terlatih kerana penggunaan sistem persenjataan tersebut memerlukan kemahiran dan latihan.

"Kita dapat melihat banyak kesilapan tembakan pada masa lalu. Pesawat Korea Airlines ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Kesatuan Soviet pada 1983 dan Pasukan Tentera Laut AS juga pernah tersilap menembak jatuh pesawat awam Iran pada 1988," katanya.
Mengulas lanjut, pegawai perisikan itu berkata, satelit AS mengesahkan pesawat yang membawa 298 penumpang itu ditembak oleh peluru berpandu jenis SA-11 darat ke udara dari kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

tragedi MH17
Ilustrasi dari pihak Rusia tentang MH17


"Ini merupakan kes yang kukuh apabila peluru berpandu itu ditembak dari timur Ukraine di bawah pengawasan dan bantuan Rusia," jelasnya.
Pegawai perisikan itu berkata, pihak yang melancarkan peluru berpandu itu perlu bergantung kepada radar tunggal yang merupakan sebahagian daripada bateri peluru berpandu dan tidak melalui rangkaian radar lebih besar yang akan memberikan gambaran lebih lengkap tentang laluan trafik udara.

"Sistem SA-11 direka untuk digunakan dalam 'sistem pertahanan udara bersepadu' tetapi dengan menggunakan hanya satu radar, pelancar peluru berpandu itu mempunyai gambaran yang agak kabur," jelasnya.

Tambah beliau, operasi melibatkan Rusia telah dikesan di timur Ukraine tetapi perisikan AS tidak mempunyai bukti jelas bahawa pakar Rusia berada bersama unit SA-11 yang melepaskan tembakan ke arah pesawat itu.
"Walaupun Amerika Syarikat memantau aliran senjata berat, termasuk sistem pertahanan udara ke Ukraine dari Rusia, pihak agensi perisikan tidak melihat sistem senjata SA-11 dipindah ke negara tersebut sebelum pesawat terhempas," katanya.

Dalam pada itu, dakwaan menyatakan kerajaan Ukraine telah menembak jatuh pesawat tersebut juga adalah tidak realistik, disebabkan Kiev tidak memiliki sistem persenjataan seperti itu di kawasan berkenaan, yang secara jelas dikawal oleh pihak pemberontak.

"Kerajaan Ukraine tidak mempunyai sebab untuk melancarkan peluru berpandu darat ke udara, kerana pihak pemberontak tidak menggunakan aset seperti helikopter atau sistem persenjataan di udara," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, pihak pemberontak mempunyai motif untuk menggunakan sistem peluru berpandu tersebut disebabkan mereka bertempur dengan tentera kerajaan Ukraine yang menggunakan aset seperti helikopter dan pesawat.

Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»



No comments:

Post a Comment

[Minta Tolong Sikit]

Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.

Subscribe

Baru

Review

BloggerWidget

Komen Terkini

LINK ALTERNATIF HOTTOGEL:

Kini hadir buat kalian yang hoby mainkan angka keberuntungan,,
Tidak hanya itu, permainan Livecasino juga ada buat para bettor sejati.
Ada b ...

Admin:

test komen

mbm:

tak salah cuba tuan, lagi pun free jer tuh.

syuib osman:

terbaik... saya dah daftar percuma tuh, saja nak try.

adi:

Wah, kat sini ada info rupannya....