Kes suami isteri tuntut RM1.48j

. . No comments:
Kes saman pasangan suami isteri yang menuntut ganti rugi RM1.48 juta terhadap sebuah bank di ibu negara yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kehilangan barangan berharga yang disimpan di dalam peti simpanan keselamatan bank itu akibat kejadian pecah masuk akan didengar selama tiga hari di Mahkamah Tinggi di sini mulai 11 Ogos ini.

Perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.
Lee Yaw Lin dan Choo Yoke Peng yang memfailkan saman itu pada 3 Disember 2013 dalam pernyataan tuntutan mereka mendakwa, telah dihubungi oleh seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan pengurus United Overseas Bank (M) Bhd. (UOB) pada 22 Oktober 2012, memaklumkan yang peti simpanan mereka telah dipecah masuk.

Mereka dikehendaki pergi ke premis bank di Medan Pasar untuk memeriksa peti simpanan dan mendapati semua barangan kemas bernilai RM170,000, barangan antik peninggalan datuk, nenek, ibu bapa mereka bernilai RM130,000, tiga utas jam tangan jenama Rolex bernilai RM75,000, koleksi wang kertas dan syiling lama bernilai RM20,000, berlian RM850,000 dan beberapa barangan berharga yang lain berjumlah RM235,514 telah hilang.
Pasangan terbabit selaku pihak plaintif mendakwa, salinan asal hak milik yang disimpan oleh mereka masih berada dalam peti simpanan tersebut.


Menurut pihak plaintif, berdasarkan pemerhatian, mereka mendapati peti simpanan yang disewa tidak rosak sama sekali sebaliknya ia kelihatan seolah-olah telah dibuka dengan kunci dan merasakan kejadian itu disebabkan kerja orang dalam.
Mereka menyatakan, pihak UOB juga enggan memberikan salinan laporan polis yang dibuat oleh bank tersebut kepada pihak plaintif dan mereka juga tidak dipanggil polis untuk membantu siasatan.

Pihak defendan sepatutnya menurut plaintif, perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka bagi memastikan barang-barang yang hilang dapat dikesan dengan segera.
Pihak defendan juga telah gagal mengambil langkah untuk mendapatkan semula barangan berharga milik mereka dan memberi amaran supaya tidak menyebarkan kepada orang awam mengenai kerugian yang dialami, dakwa pihak plaintif.

UOB dalam pernyataan pembelaan terpinda yang difailkan pada 24 Januari lalu menyatakan, selepas plaintif pertama memeriksa peti simpanan itu, beliau memberitahu pihak defendan tidak pasti tentang benda-benda lain yang mungkin terkandung di dalamnya dan tidak menyenaraikannya pada hari tersebut.

Menurut pihak UOB, walaupun peti simpanan tersebut tidak rosak namun pintu luar bilik kebal telah mengalami kerosakan.

Harap kongsi dengan ikhlas, terima kasih. »»



No comments:

Post a Comment

[Minta Tolong Sikit]

Komen yang mempunyai link ke mana-mana blog atau laman web yang menghala ke arah perniagaan dan keuntungan, akan dipadamkan tanpa notis. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon janganlah SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan dan sikap sporting anda.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di ruang ADVERTISE.

Subscribe

Baru

Review

Komen Terkini